SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Sabtu, 20 April 2013

HARI BUKU DAN HAKCIPTA PERINGKAT SEKOLAH 2013

DIRASMIKAN OLEH  : EN TAUFET ROSDI BIN YAAKOB -PK KURIKULUM
TEMPAT                       : PERHIMPUNAN PAGI HARI AHAD
TARIKH                        : 21 APRIL 2013

AKTIVITI :
  1. PENERANGAN TENTANG BUKU DAN HAKCIPTA
  2. KUIZ BERSAMA PANITIA UNTUK TAHAP 2
  3. PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK TAHAP 1
  4. PERTANDINGAN MENGARANG " AKU SEBUAH BUKU "
  5. BICARA BUKU-RAKAN PEMBACA







PARA PEMENANG PROGRAM :




 PENGENALAN PROGRAM :
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menggalakkan sambutan Hari Buku Sedunia disambut di sekolah untuk semua warga sekolah.

SEJARAH HARI BUKU DAN HAKCIPTA :

Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.
Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena memperingati pemergian penulis terkenal seperti Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, pada 23 April 1616. Pemberian bunga ros telah diganti dengan buku, iaitu 400,000 buah buku .

OBJEKTIF  :
1. Meningkatkan minat membaca murid dan warga SK Teluk Jamat,Pokok Sena,Kedah.
2. Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
3. Memberi peluang kepada warga sekolah terutama murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.


TEMA"ANDA MEMBACA ANDA BERJAYA "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan