SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Ahad, 13 Januari 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Tarikh : 13 Januari 2013
Tempat : Tapak perhimpunan Sekolah kebangsaan Telok Jamat
Perasmi : Tuan Guru Besar Encik Mohd.Ariff bin Ahmad



‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan