SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Khamis, 25 Oktober 2012

READ 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

24 OKTOBER 2012

Sekolah Kebangsaan Teluk Jamat antara 3 buah sekolah yang terpilih dalam PKG Pokok Sena untuk menyertai program membaca serentak seluruh Malaysia ini. Sebagai simbolik sebanyak 2012 buah buku telah disediakan untuk murid-murid membacanya di dalam kelas masing-masing.
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. 
Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’. 
Tahniah buat semua yang terlibat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan