Selasa, 30 April 2013
Rabu, 24 April 2013
Isnin, 22 April 2013
PROGRAM BICARA BUKU -RAKAN PEMBACA
22 APRIL 2013 -ISNIN
NORSYAZWANI BT ROSLI
TAHUN 4
NORFARRAH JANNATI
TAHUN 4
NORSYAZWANI BT ROSLI
TAHUN 4
NORFARRAH JANNATI
TAHUN 4
APA ITU RAKAN PEMBACA :
Murid yang sudah membaca sebanyak 100 buah yang tercatat di dalam Program NILAM
CONTOH AKTIVITI RP :
1. Bercerita :
bercerita kepada keluarga, rakan, jiran, tentang isi cerita sesebuah buku. .
2. Membaca
Bersama
Aktiviti membaca sebuah buku secara beramai-ramai
3. Meminjamkan Buku
Pinjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja
KARYA AGUNG /KARYA BESAR
Karya-karya Agung (Besar)
Definisi
Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.
Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung
Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas)
Karya Klasik
1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of Venice - William Shakespeare
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6. As You Like it - William Shakespeare
7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare
8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9. Twelfth Ninth - William Shakespeare
10. King Lear - William Shakespeare
11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12. Henry V - William Shakespeare
13. The Prince of Padua - William Shakespeare
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates
17. To Kill A Mockingbird - Harper Lee
18. Roots - Alex Haley
19. Of Mice and Men - John Steinbeck.
20. Animal Farm - George Orwell.
21. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.
22. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.
23. Gone with the Wind
24. Wuthering Heights - Charlotte Bronte
25. The Tale of Two Cities - Charles Dicken
26. Jane Eyre - Charlotte Bronte
27. The Pearl - John Steinbeck
28. Sons and Lovers - D.H. Lawrence
29. The Pygmalion - George Bernard Shaw
30. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde
31. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal
32. Centerbury Tales - Chaucer
33. Lord of The Rings - L. Tolkien
34. Collections of Khalil Gibran
Karya Bacaan Matang dan Bukan Fiksyen (Menengah Atas)
1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan Bahasa Inggeris)
2. The Wealth of Nation - Adam Smith
3. The Republic - Plato
4. The Prince - Machiavelli
5. Utophia - Sir Thomas More
6. In Praise of Folly - Erasmus
7. Chicken Soup of The Soul
Sekolah Menengah
Karya Klasik
1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah
Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah
1 Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
2 Salah Asuhan - Abdul Moies
3 Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka
4 Uda dan Dara - Usman Awang
5 Salina - A. Samad Said
6 Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang
7 Anak Mat lela Gila - Pak Sako
2. Puteri Gunung Tahan - Pak sako
3 . Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
4 . Gelombang Hidup - Abdullah Sidek
5 . Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasarudin
6 . Sisa Neraka Dunia - Ahmad LutfI
2. Sungai mengalir Lesu (1967) - A.Samad said
3 . Desa Pingitan (1964) - Ibrahim Omar
4 . Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
5 . Samudera - Arena Wati
6 . Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim
7 . Interlok - Abdullah Hussein
8 . Rentong - Shahnon Ahmad
9 . Anak Titiwangsa - Keris Mas
10.Biru Warna - Awang Had Salleh
11.Rantau Selamat - Abdullah Hussein
12.Badai Semalam - Khatijah Hashim
13.Gelora - Arena Wati
14.Senja Belum Berakhir - Azizi Hj. Abdullah
15.Sami Mekong - Azizi Hj. Abdullah
16.Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan
17.Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
18.Saga - A. Talib Hasan
19.Daerah Tercinta - Muhd Mansor Abdullah
2 . Srengenge (1973) -
3 . Seluang Menodak Baung (1978)
4 . Lingkaran - Arena Wati
5 . Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi
6 . Kunang-Kunang - Zahari Afandi
7 . Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis
8 . Ngayau - Amil Jaya
Karya terbitan Tahun 80an
1 . Tok Guru - Shahnon Ahmad
2 . Daerah Zeni - A. Samad Said
3 . Hujan Pagi - A. Samad Said
4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas
5 . Rimba Harapan - Keris Mas
6 . Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah
7 . Mega-Mega di Langit - Talib YK
8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa
9 . Buih di Atas Air - Abdullah Hussein
10. Meniti Cahaya - Ghazali MA
11. Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi
12. Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh
13. Langit Petang - A. Samad Said
14. Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad
15. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
16. Terang Bulan - Rahmat Harun
17. Arus - Anwar Ridhwan.
KARYA AGUNG MELAYU :
- Bustan al-Katibin: Bustan al-Katibin merupakan sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.
- Cerita Jenaka Melayu: Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.
- Cerita Lipur Lara: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.
- Hikayat Abdullah: Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah).
Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran & kepercayaan lama yg tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting. - Hikayat Aceh: Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.
- Hikayat Hang Tuah: Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”v
- Hikayat Inderaputra: Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.
- Hikayat Merong Mahawangsa: Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain.
- Hikayat Panji Jayeng Kusuma: Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.
- Hikayat Raja Pasai: Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
- Pantun Melayu – Bingkisan Permata: Karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis & bentuk pantun, yang meliputi tema & isi yang luas & pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.
- Sulalat as-Salatin: Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang “diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya” . Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
- Syair Ken Tambuhan: Selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Sebuah Cerita Panji yang dikarang dalam bentuk syair ini mengisahkan kisah percintaan & pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Candera Kirana. Walaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya.
- Tuhfat an-Nafis: Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi,Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
- Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Dipercayai sebagai naskhah undang-undang Melayu tertua setakat ini dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada abad ke-15 sebagai usaha mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka. Undang-undang ini menjadi acuan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain untuk menggubal undang-undang negeri masing-masing, misalnya Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor & Hukum Kanun Brunei.
SEKOLAH RENDAH :
Bahan
Bacaan Kanak-kanak / sekolah rendah
1.
Snow White and The Seven Dwarfts -
The Grimm Brothers
2.
Cinderella
- The Grimm Brothers
3.
Little Red Riding
Hood - The
Grimm Brothers
4.
Rumpelstiltskin - The
Grimm Brothers
5.
Sleeping Beauty - The
Grimm Brothers
6.
Repunzel - The
Grimm Brothers
7.
Beauty and The
Beast - The
Grimm Brothers
8.
Hansel and Gretel - The Grimm Brothers
9.
Puss in the Boot - The Grimm Brothers
10.
Jack and The
Beanstalk
- The Grimm Brothers
11.
Alice in
Wonderland -
Caroll Lewis
12.
Pinnochio -
Carlo Coloddi
13.
Ugly Ducklings -
Han Christian Anderson
14.
The Emperor’s New
Clothes -
Han Christian Anderson
15.
The Red Shoes
- Han Christian Anderson
16.
The Hunchback of
Notre Damme -
Han Christian Anderson
17.
Pied Piper of Hamelin - Han Christian AndersoN
BACAAN SEKOLAH RENDAH :
1 . Si Tenggang
2 . Bawang Putih Bawang Merah
3 . Pak Pandir
4 . Hikayat Hang Tuah
5 . Batu Belah Batu Bertangkup
6 .
Pak Kaduk
7 .
Pak Belalang
8 .
Puteri Gunung Ledang
9 .
Mahsuri
10.Mat Jenin
11.Sejarah Melayu
Langgan:
Catatan (Atom)