Selasa, 6 November 2012
Khamis, 1 November 2012
PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SKTJ 2012
1 NOVEMBER 2012
AKTIVITI :
-SLOT 1 ; SUAIKENAL AHLI KUMPULAN
-SLOT 2 : ASAS KAWAD KAKI
-SLOT 3 : MENDIRIKAN KHEMAH
-SLOT 4 : IKATAN
-SLOT 5 : ANDUH
-SLOT 6 : KOMPAS
-SLOT 7 : PERMAINAN DAN PERTANDINGAN
Khamis, 25 Oktober 2012
READ 2012
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
24 OKTOBER 2012
Sekolah Kebangsaan Teluk Jamat antara 3 buah sekolah yang terpilih dalam PKG Pokok Sena untuk menyertai program membaca serentak seluruh Malaysia ini. Sebagai simbolik sebanyak 2012 buah buku telah disediakan untuk murid-murid membacanya di dalam kelas masing-masing.
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.
Tahniah buat semua yang terlibat.
Ahad, 21 Oktober 2012
ORANG SUKA MEMBACA VS TIDAK SUKA/MALAS MEMBACA
SUKA MEMBACA
|
TIDAK SUKA MEMBACA/ MALAS MEMBACA
|
You are what you read
|
Tin kosong
|
Matang dan hebat
|
Otak lambat matang
|
Bombastic words
|
‘Vocabulary ‘ terhad
|
Easy mingle around any level people
|
Limited knowledge
|
24 jam/hari tidak cukup sebenarnya
|
Cepat Bosan
|
Otak cergas dan mudah faham
|
Slow Learner
|
Fokus
|
Mata berair tengok tulisan ’kenit-kenit’
|
Pakai cermin mata ‘ade power’
|
Pakai cermin mata hitam untuk melawa
|
Selalu masuk Popular/MPH
|
Selalu masuk panggung wayang
|
Memandang sambil berfikir
|
Memandang sambil komplen bla..bla
|
KAMU ADALAH APA YANG KAMU BACA....................
- Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal. Jika mengambil makanan yang berzat dan seimbang, badan kita akan sihat. Begitulah jika bahan bacaan kita baik, maka kita akan meningkat dan sihatlah fikiran.
- Bahan bacaan yang tidak bermanfaat umpama ’junk food’ yang boleh memudaratkan pemikiran. Fikiran yang lemah akan menjadi racun kepada pembangunan rohani dan material. Oleh itu jatuh bangunnya sesebuagh masyarakat dan negara juga bergantung kepada apa yang dibaca oleh rakyatnya
- Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Bijak pandai sering mengungkapkan bahawa ”Siapa diri kamu pada masa akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca pada hari ini” .
- Bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca kerana dengan membaca kita telah komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad.
- “When you stop learning you stop leading.” Setiap orang adalah pemimpin , sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Apabila seseorang mula membaca ia sebenarnya bukan setakat membaca, malah sedang memimpin. Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.
- Rakyat Malaysia malas membaca . Budaya hedonisme-filem, lagu, rancangan telivisyen telah banyak meragut masa dan tenaga khususnya pelajar Melayu. Budaya ilmu dan budaya sukakan hiburan bersifat sonsang. Apabila budaya sukakan hiburan naik budaya ilmu akan turun.
- Rakyat Malaysia malas membaca kerana kebanyakannya tidak mempunyai misi dan visi hidup yang jelas. Masa yang terluang diisi dengan perkara hiburan. Bagi umat Islam, budaya malas membaca berpunca daripada iman yang rapuh kerana jika misi dan visi dipandu oleh ketaatan kepada Allah maka jangka masa hidup dan tugas-tugas harian kita akan diisi ke arah kebaikan. Hassan Al-Banna pernah menyatakan bahawa masa itu adalah kehidupan.
- Mukmin sebenar akan sentiasa membaca kerana beliau akan merasakan dirinya sentiasa tidak cukup ilmu.
- Imam Syafi`i pernah menyata jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat juga dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu. Untuk mendapat ilmu, membaca itu wajib.
Solusi isu 18, Mei 2010.
Rabu, 17 Oktober 2012
PROGRAM MBSB BERSAMA PINTAR FOUNDATION
10 ORANG MURID DAN 2 GURU BERSAMA WAKIL MBSB DI KIDZANIA http://www.kidzania.com/, DAMANSARA.
KANAK-KANAK DIBERI PELUANG MERASAI ALAM PEKERJAAN YANG MEREKA PILIH.
TERIMA KASIH BUAT MBSB YANG MENJADI PENAJA.
KANAK-KANAK DIBERI PELUANG MERASAI ALAM PEKERJAAN YANG MEREKA PILIH.
TERIMA KASIH BUAT MBSB YANG MENJADI PENAJA.
Khamis, 11 Oktober 2012
Selasa, 2 Oktober 2012
Langgan:
Catatan (Atom)