SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Selasa, 28 Mei 2013

PROJEK PSS MINI

Alhamdulillah Projek PSS Mini dapat dilaksanakan dalam masa dua hari dengan bantuan AJK Kerja PSS.
Matlamat pelaksanaan projek ini untuk mengalakkan murid membaca selain di kelas,di perpustakaan mereka juga dapat memanfaatkan ruangan yang disediakan.
Alternatif diambil melaksanakan projek ini dengan menggunakan ruangan bawah tangga yang selama ini terbiar. Buku,bahan bacaan,kad bacaan dan poster diletakkan untuk bacaan murid-murid.
sumbangan buku dari warga sekolah diharapkan untuk menambah bahan bacaan di ruangan ini yang akan diletakkan di dalam bakul bahan bacaan.

Photo

Photo: Taraaa dah siap nnti letak buku





Sabtu, 25 Mei 2013

MINUMAN MILO PERCUMA DR SYARIKAT NESTLE

 
 

PAMERAN DAN JUALAN BUKU 2013







TARIKH  : 21 MEI 2013
TEMPAT : KANTIN SKTJ
MASA : 12.00 HINGGA 3.00 PETANG
PENGLIBATAN : SEMUA WARGA SEKOLAH DAN PENDUDUK KAMPUNG
PEMBEKAL BUKU : BBZ ENTERPRISE ( DATUK IBNI )


Ahad, 19 Mei 2013



PROGRAM AKTIVITI GALAKAN MEMBACA NILAM

" ULAT BUKU "

TARIKH : 19 MEI 2013
PENGLIBATAN : MURID TAHUN 5


BUTIRAN PELAKSANAAN :

MASA      : 11.15 HINGGA 12.15 TENGAHARI
TEMPAT : DALAM KELAS TAHUN 5


DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN.
1.GURU MEMBERIKAN PENERANGAN CARA MEMBUAT
 “ULAT BUKU “
2.GUNTING ULAT MENGIKUT BENTUK BULATAN YANGDIBERIKAN.
3.TULISKAN TAJUK DAN ISI CERITA YANG DIPILIH.
4.MURID BEBAS MENGHIAS DAN MELAHIRKAN KRETIVITI
    DI ATAS ULAT BUKU TERSEBUT.
5.HADIAH AKAN DIBERIKAN KEPADA 3 KUMPULAN TERBAIK.

Isnin, 13 Mei 2013

PERTANDINGAN MEWARNA HARI GURU







  



TEMA HARI GURU 2013




HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


sumber :   FB Hari Guru 2013

PERTANDINGAN MEWARNA PSS SEMPENA HARI GURU 2013