ANTARA SUDUT YANG BOLEH DAN PERLU DIWUJUDKAN DALAM PSS SEKOLAH
JIKA SEMUA SUDUT DAPAT DISEDIAKAN ,BERMAKNA PSS ANDA LENGKAP DAN CEMERLANG.
PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN
1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
- a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
- b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
- c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
- d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
- e. Menarik minat murid ke perpustakaan.
2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
- a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
- b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
3. LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)
- a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
- c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
4. ALBUM PUSAT SUMBER
- a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
- b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
- c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP
- a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
- b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
- c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU
- a. Menarik minat murid untuk membaca.
- b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
7. SUDUT KUIZ BESTARI
- a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
- b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
- c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH
- a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
- b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
9. LAMAN CAKNA PANTUN
- a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
- b. Mengekalkan budaya melayu.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH
- a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
- b. Menghargai kejayaan sekolah.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
11. LAMAN KOLEKSI MAYA
Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:
- i. Sudut Mata Wang Sedunia
- ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia
- iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
- a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
- b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
- c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM
- a. Menghargai bakat yang ada pada murid.
- b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
- c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
13. SUDUT HASIL KERJA MURID
- a. Menghargai segala hasil kerja murid.
- b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
14. SUDUT PERMAINAN
- a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
- b. Mengekalkan permainan tradisional
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
5. SUDUT POHON ILMU
- a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
- b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
- c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
16. SUDUT BERCERITA
- a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
- b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
17. SUDUT MAYA PUPET
- a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
- b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
18. SUDUT WARISAN BUDAYA
- a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
- b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA
- a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
- b. Menanam sikap menyintai negara sendiri.
- c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
20. LAMAN BUSANA
- a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.
- b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK
- a. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.
- b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
- c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING
- a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
- b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
- c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.
23. SUDUT SEJENAK MEMBACA
- a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.
- b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
24. SUDUT AKHBAR
- a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
- b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
25. SUDUT RUJUKAN GURU
- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan.
- b. Menarik minat guru ke perpustakaan.
26. SUDUT RUJUKAN MURID
- a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan
- b. Menarik minat murid ke perpustakaan.
27. SUDUT KAKTUS
- a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
- b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
- c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
28. SUDUT MAJALAH
- a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
- b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
29. SUDUT HIDUPAN AIR
- a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
- b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI
- a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
- b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
31. SUDUT PROGRAM NILAM
- a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
- b. Melicinkan guru membuat analisis .
- c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.
32. SUDUT ANGKASA LEPAS
- a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
- b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
- c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
33. SUDUT JALAN RAYA
- a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
- b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM
- a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
- b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
35. SUDUT INFO AKURIUM
- a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
- b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
- c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
36. SUDUT NOSTALGIA GURU
- a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
- b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
- c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
- d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
SUMBER : fb gURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA