SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Ahad, 29 April 2012

SAJAK HARI GURU

SAJAK HARI GURU DARIPADA USMAN AWANG 1979 
 
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 
USMAN AWANG  1979

TEMA HARI GURU 2012

Tema Hari Guru bagi tahun 2012 ialah

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". 

Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Selamat Hari Guru. 


ANTARA TEMA HARI GURU :


1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

Jumaat, 27 April 2012

JUALAN BUKU

26 APRIL 2012
PERKARANGAN SEKOLAH
JUALAN BUKU BERSAMA BBZ ENTERPRISE

SAMBUTAN AMAT MENGGALAKAN DARI MURID,GURU DAN IBUBAPA
TERIMA KASIH BUAT SEMUA



Alangkah baiknya membeli buku-buku, jika orang dapat sekaligus membeli waktu untuk membaca buku-buku itu
 (Arthur Schopenhauer, filsuf Jerman [1788 - 1860]



Rabu, 25 April 2012

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU DAN PSS

TARIKH : 25 APRIL 2012
MASA     : 12.00 HINGGA 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SKTJ


 


  • PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG DI PERHIMPUNAN PAGI 29 APRIL 2012
  •  HADIAH DISAMPAIKAN OLEH PUAN ZAHANIM MOHD ISA, PENOLONG KANAN HEM


TEMPAT PERTAMA : NURUL BALQIS

 TEMPAT KEDUA : NURUL SYAZWANI

 TEMPAT KETIGA : MUHAMMAD FIRAS HAYAT
 HADIAH SAGUHATI :



Isnin, 23 April 2012

Bengkel Pemantapan iNilam PKG Pokok Sena 2012


imag1017_800x479















Tarikh             : 22 APRIL 2012 (AHAD)
Masa               : 2.00 ptg hingga 4.30 petang
Tempat             : Makmal IT SK Tualang
Anjuran            : PKG Pokok Sena
Kehadiran          : 26 orang GPM/Guru Nilam
Fasilitator        :  Pn. Habibah bt. Omar  - GPM SK Teluk Jamat
                      En. Mohd. Roslan b. Salleh
                      En. Md. Tamizi b. Ismail 

SUMBER : http://www.btpnkedah.edu.my/pkgsena