SEMAKIN BANYAK KITA MEMBACA SEBENARNYA SEMAKIN BANYAK YANG KITA BELUM KETAHUI PENYAKIT YANG PALING TERUK ADALAH MALAS, RAJIN ADALAH UBAT TERMAHAL DI DUNIA

Rabu, 29 Februari 2012

APA ITU TAHUN LOMPAT

Fakta tahun Lompat :
1.Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa2.

2.Tahun 2008 merupakan tahun lompat. Jika anda melihat balik kalendar 2008, anda akan dapati bahawa bulan Februari mempunyai lima kali hari jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.


3.Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.


4.Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari.

Selasa, 28 Februari 2012

PROGRAM MAULIDURRASUL MASJID AL-HUDA KG TELOK JAMAT

28 Februari 2012- Masjid Al -Huda Kg Telok Jamat telah mengadakan sambutan Maulidurrasul, berbagai-bagai  acara telah dijalankan dan pihak sekolah telah dijemput untuk sama memeriahkan majlis tersebut.

Terima kasih kepada jawatankuasa masjid Al-Huda Kg Telok Jamat.

Permainan dam Agensi Dadah

Pameran pejabat Kesihatan

Pertandingan mewarna

Berebut nak main.............

Mewarna poster yang disediakan

pemenang pertandingan

Sabtu, 25 Februari 2012

PERTANDINGAN MEWARNA NILAI-NILAI MURNI

Satu pertandingan mewarna  Gambar Nilai-nilai murni telah diadakan pada hari Khamis 23 Februari 2012 untuk murid tahap 1, tahniah diucapkan kepada para pemenangnya iaitu :

1. Muhammad Fauzan Mohammad Radzi
2. Nurul Auni Umairah Noor Muhammad
3. Siti Mashitoh Abdul Rahim





Khamis, 23 Februari 2012

PROGRAM MOTIVASI WARIS 2012

Tempat : Dewan Sek Keb Telok Jamat
Tarikh   : 23 Februari 2012 - Khamis

Dirasmikan oleh          : Tuan Hj Saidin bin Bakar (BCK)
                                   Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar

Penceramah jemputan  : Pn Hjh Che Nazrah binti Yusof
                                    Pensyarah IPDA
                                    Jabatan Kaunseling IPG IPDA Darulaman





Jumaat, 17 Februari 2012

BIDANG TUGAS GPM

Sebagai panduan kepada semua media dan perpustakaan dan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Tugas-tugas Guru Perpustakaan dan Media seperti dalam slide berikut:
Slide1 Slide2 Slide3Slide4 Slide5 Slide6Slide7 Slide8 Slide9Slide10 Slide11 Slide12Slide13 Slide14 Slide15Slide16 Slide17 Slide18Slide19 Slide20 Slide21Slide22 Slide23 Slide24Slide25 Slide26 Slide27Slide28 Slide29 Slide30Slide31 Slide32 Slide33Slide34 Slide35

SUMBER :
http://ilmu.edublogs.org/guru-perpustakaan-dan-media/